Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Sejurus selepas rakaman wawancara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak disiar TV3 malam tadi, sebuah jenaka beredar di alam maya berkaitan Snow White, Superman dan Pinocchio yang memasuki tiga pertandingan berasingan.

Snow White menang dalam pertandingan gadis paling cantik manakala Superman mendapat anugerah lelaki paling gagah.

Bagaimanapun, berbeza dengan Pinocchio, walaupun yakin dengan kemenangan pada awalnya, dia ternyata pulang kecewa daripada pertandingan “Penipu Besar”?

“Siapa Najib ini?” soalnya sambil mengeluh akan kekalahannya.

Pinocchio, kisah kanak-kanak terkenal, mengisahkan bagaimana hidung lelaki yang berasal daripada boneka kayu itu menjadi panjang setiap kali bercakap bohong.

Ejekan itu tidak mengejutkan selepas Najib berdepan pelbagai dakwaan.

Ia diburukkan lagi dengan serangan konsisten perdana menteri keempat Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mesej tersirat

Ia kemudian memaksa Najib tampil dengan rancangan khas di kaca televisyen malam tadi.

Walaupun menyatakan rasa hormatnya kepada tokoh yang dianggap banyak pihak sebagai negarawan itu, ramai penganalisis politik melihat harapan untuk pendamaian mereka tidak lagi cerah.

Antara lain, kenyataan Najib itu dilihat bermaksud bahawa Mahathir cuba campur tangan dalam pentadbiran kerajaan, seperti yang berlaku kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi ( kanan ) sebelum ini.

Najib membangkitkan isu “jambatan bengkok” dengan berkata Mahathir pernah meminta beliau melaksanakan projek itu untuk menggantikan Tambak Johor ke Singapura.

Najib juga menceritakan bagaimana Mahathir tidak bersetuju dengan penyaluran bayaran tunai Bantuan Rakyat 1Malaysia kepada golongan berpendapatan rendah.

“Misalnya dia tak setuju BR1M, dia minta saya buat jambatan bengkok ganti Tambak Johor.

"Saya dah bagi pandangan atas perkara ini,” katanya.

Dengan kata lain, secara tersirat Najib menyampaikan pesanan kepada Mahathir: Sebagai ahli politik bersara yang menuju umur 90 tahun, beliau tidak patut masuk campur dalam urusan kerajaan.

[Baca ulasan asal]

Lihat Komen
ADS