Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, wanita yang kesunyian terdedah kepada pengaruh dakyah kumpulan militan seperti Negara Islam (IS) di negara ini.

Kata Jamil, kebiasaannya wanita yang kesepian lebih 'rapuh' dan sebahagian besar masa mereka dihabiskan untuk melayari Internet dan media sosial.

Justeru, katanya, golongan terbabit lebih mudah terpengaruh dengan gerakan militan berkenaan.

"Kebiasaannya wanita-wanita sunyi yang tidak boleh tidur pada tengah malam akan berjaga dengan Facebook masing-masing. Walaupun jam dua, tiga pagi, mereka masih leka dengan Facebook masing-masing lagi.

"Biasanya pada waktu tersebut, media sosial sedikit lengang. Ketika itulah anggota gerakan militan ini mencari mangsa dan mempengaruhi wanita-wanita berkenaan," katanya.

Jamil berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri Seminar Kelestarian Keselamatan Negara 2015 di Institut Tadbiran Awam Negara (Intan), Kuala Lumpur.

Menurut Jamil, apabila wanita kesepian itu termakan umpan anggota militan, hubungan igtu menjadi bertambah erat dan mereka mula berkongsi pelbagai cerita.

Dari situ, katanya, rasa sayang terhadap perjuangan radikal IS menguasai diri wanita terbabit.

"Dari perasaan sayang wanita tu mula berasa seperti di awangan.

"Dan mereka kemudian terpesona melihat burung terbang berpasangan, ayam turun berkawan, pepohon nyiur melambai, ombak menghempas pantai,” kata Jamil disambut ketawa hadirin.

Lihat Komen
ADS