Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

PERKASA mempertahankan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang kini menerima tekanan dalam Umno susulan kritikan keras oleh bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad ke atas Datuk Seri Najib Razak.

Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali malah membandingkan Mukhriz dengan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang menurutnya “tidak sehebat mana”.

Katanya, beliau bersetuju dengan tindakan Mukhriz kerana tidak terburu-buru menyatakan pendirian dalam isu pertelingkahan di antara Mahathir dan Najib.

Ia menunjukkan Mukhriz mampu mengawal diri dan tidak “gelojoh” seperti Khairy.

"Baguslah dia cuba menjaga kedua-dua belah pihak; dia hormat pada bapanya yang merupakan seorang negarawan dan dia sedar Najib memilih beliau sebagai menteri besar.

“Itu adalah cara yang betul (tidak terburu-buru membuat kenyataan).

"Daripada sini saya boleh lihat watak negarawan berkembang dalam diri dia.

“Jadi dalam konteks ini, Khairy lebih gelojoh,” kata Ibrahim lagi yang menambah, Mukhriz akan mengusutkan lagi keadaan jika menyatakan sokongan kepada mana-mana pihak.

Khairy pada minggu lalu menghimpunkan para pemimpin bahagian Pemuda Umno dalam satu acara untuk menyatakan sokongan pada Najib.

Menurut Ibrahim lagi, Khairy yang kini merupakan menteri belia dan sukan hanya mampu mencapai kedudukan itu kerana pertalian dengan bekas PM, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

"Khairy bertuah hanya kerana dia menantu Pak Lah (Abdullah). Ibrahim Ali juga bertuah jika dia menantu Pak Lah.

"Tapi saya hanya anak orang kampung. Dalam Umno, semuanya diwarisi,” katanya kepada pemberita hari ini.

Ibrahim juga berkata, beliau tidak mahu mencari masalah dengan Khairy.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS