Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali percaya Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan anugerah tuhan kepada rakyat Malaysia, tetapi perdana menteri keempat Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Allah anugerahkan Mahathir kepada rakyat Malaysia.

“Beliau permata negara ini,” kata Ibrahim dalam pertermuan dengan pemberita di Kuala Lumpur hari ini.

Ibrahim berkata PERKASA tidak menyebelahi mana-mana pihak dalam kemelut Mahathir ( kiri ) dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Kumpulan pendesak Melayu itu sebaliknya berkata mereka hanya menyebelahi “kebenaran”.

“Kita tidak menyokong Mahathir membabi buta tetapi oleh kerana beliau menuntut kebenaran, jadi kami di sebelahnya.

“Tidak kisahlah sama ada kamu perdana menteri atau bukan, semuanya harus berasaskan fakta,” katanya.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS