Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Polis tangkap Rafizi berkaitan protes anti-GST

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli ditangkap hari ini selepas menghadirkan diri di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur selepas dipanggil oleh pihak polis.

Beliau ditahan di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan kerana didakwa terlibat dalam perhimpunan haram, demikian catatan Facebook Rafizi.

Sementara itu, polis gagal untuk mendapatkan perintah reman terhadap pengerusi Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan lebih lama daripada 24 jam yang dibenarkan oleh undang-undang.

Pendengaran permohonan reman itu diadakan di pusat tahanan polis Jinjang di mana majistret mengarahkan pihak polis membebaskan segera Ambiga, setiausaha penganjur kebangsaan DAP Anthony Loke dan setiausaha agung PSM Arutchelvan.

Loke dan Arutchelvan ditahan semalaman di pusat tahanan tersebut manakala Ambiga telah ditahan semalaman di ibupejabat polis daerah Dang Wangi.

Mereka ditangkap malam tadi berkaitan perhimpunan anti-GST.

Sekumpulan peguam memasuki pusat tahanan di sekitar jam 11.10 pagi bagi pendengaran itu manakala Ambiga tiba dalam van polis pada kira-kira jam 11.50 pagi.

Beliau kelihatan bersemangat sambil tersenyum dan melambai kepada pihak media sewaktu kenderaan itu memasuki pusat tahanan tersebut.

Juga dilihat di dalam kenderaan itu adalah ahli jawatankuasa pusat PAS, Dr Hatta Ramli yang menyerah diri awal hari ini, atas permintaan polis. Beliau juga dibebaskan kemudiannya.

Sementara itu, Naib Presiden PKR Rafizi Ramli yang ditangkap selepas menghadirkan diri di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur selepas dipanggil oleh pihak polis.

Sementara itu, kira-kira 40 penyokong berkumpul di luar pusat tahanan Jinjang untuk menunjukkan sokongan dan bersorak apabila Ambiga dan Hatta tiba.

Bercakap kepada wartawan di luar pusat tahanan itu, bendahari PSM A Sivarajan (kiri) berkata, bantahan anti-GST semalam adalah aman.

Beliau berkata, bom asap di perhimpunan itu adalah satu insiden terpencil dan tidak boleh digunakan sebagai alasan untuk mengambil tindakan keras terhadap penganjur.

"Bantahan itu adalah aman, dengan lebih daripada 10,000 orang. Tidak ada orang cedera dan tidak ada yang buat sebarang laporan polis," katanya.

[Baca berita penuh/asal]

Lihat Komen
ADS