Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Calon PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail tiba di pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Seri Penanti sekitar jam 8.30 pagi.

Wan Azizah yang berbaju kebarung biru cair tiba dan menunjukkan kad pengenalannya kepada pemberita.

Selain Wan Azizah, turut kelihatan anaknya yang juga ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar.

Sementara itu, di hadapan Sekolah Kebangsaan Seri Penanti, terdapat kira-kira 30 orang penyokong PKR dan 15 orang penyokong BN yang duduk bersebelahan.

Walaupun berlaku "lawan mulut" antara dua penyokong itu, namun keadaan masih lagi terkawal.

Penyokong PKR memberitahu penyokong BN supaya tidak lagi memberi sokongan kepada parti pemerintah itu.

"Tak payahlah nak duduk dekat BN lagi."

Bagaimanapun, penyokong BN tidak mengendahkan penyokong PKR dan terus melaungkan "hidup BN". 

Selepas kira-kira 15 minit, pihak polis kemudian meminta supaya penyokong BN menukar lokasi mereka agar berada di seberang jalan.

Kesemua penyokong BN dan PKR kini berada bertentangan jalan berhampiran Sekolah Kebangsaan Seri Penanti.

Masing- masing melaungkan "Reformasi", "hancur GST" dan "Hidup BN. 

Sementara itu, Bernama melaporkan, 24 pusat mengundi dengan 130 saluran untuk PRK Parlimen Permatang dibuka mulai 8 pagi ini. Pusat mengundi itu akan ditutup pada 5 petang.

Calon BN Suhaimi Sabudin mengundi di SMK Guar Perahu pukul 8.10 pagi.

Proses pengundian awal membabitkan 627 pengundi telah diadakan pada Ahad lepas di dua saluran iaitu di Dewan Gemilang, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah (SPT) dan di berek kelamin Balai Polis Kubang Semang.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata SPR menjangkakan jumlah yang akan mengundi mencapai 80 peratus daripada 71,890 orang yang layak mengundi di kawasan itu.

 

"SPR menjangkakan peratusan keluar mengundi kali ini menurun kepada 80 peratus daripada 88.50 peratus pada pilihan raya umum ke-13 pada Mei, 2013," katanya.

Beliau b

erkata keputusan PRK Parlimen Permatang Pauh dijangka diketahui seawal 9 malam.

Proses pengiraan undi PRK ini akan dilakukan di tempat mengundi dan bukan di pusat penjumlahan rasmi undi, sebaik sahaja proses pengundian tamat pada 5 petang ini.

Hari ini merupakan cuti peristiwa di Pulau Pinang dan dijangka lebih ramai pengundi akan menunaikan tanggungjawab mereka.

 

Lihat Komen
ADS