Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bayi setahun pun terlibat dengan IS
Diterbitkan:  May 19, 2015 12:42 PM
Dikemaskini: 4:45 AM

Pelik tapi benar, bayi berumur setahun juga antara yang terlibat dengan kumpulan bersenjata Negara Islam (IS).

Begitu pendedahan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi dalam jawapan bertulis Parlimen kepada Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah) hari ini.

"Individu yang terlibat dengan kumpulan militan IS ini terdiri daripada pelbagai peringkat umur iaitu antara 1 tahun hingga 60 tahun.

“Keadaan ini amat membimbangkan kerajaan apabila ia turut melibatkan kanak-kanak," katanya tampa menjelaskan lanjut bentuk penglibatan itu.

Zahid juga berkata, sehingga 7 Mei, seramai 154 orang rakyat Malaysia dikenal pasti terlibat dan 91 orang sudah ditangkap.

Selebihnya 45 orang masih berada di kawasan konflik, termasuk 11 yang telah terkorban, kata menteri dalam negeri.

Lihat Komen
ADS