Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Pemilihan PAS menyaksikan perlawanan satu lawan satu melibatkan jawatan presiden dan timbalan presiden.

Calon jawatan bagi presiden PAS melibatkan menyandangnya Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan bekas naib presiden Ahmad Awang ( bawah ).

Manakala calon jawatan bagi timbalan presiden PAS melibatkan menyandangnya Mohamad Sabu dan ulama terkenal parti itu Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Trend sama berlaku di peringkat sayap Pemuda dan Muslimat parti itu, yang menggambarkan kecenderungan ke arah pertembungan jelas dua aliran dalam PAS.

Ketua Pemuda PAS yang menyaksikan pertemuan penyandang Suhaizan Kaiat dan anggota jawatankuasa pusat Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Calon timbalan ketua pemuda PAS melibatkan penyandangnya Khalil Abdul Hadi dan Ketua Pemuda PAS Perak Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob.

3 MP cabar naib presiden

Ketua muslimat PAS menyaksikan pertandingan antara Siti Zailah Mohd Yusoff dan Nuridah Saleh.

Jawatan timbalan ketua muslimat melibatkan penyandangn Siti Mariah Mahmud dan Timbalan Ketua Muslimat PAS Wilayah Persekutuan Dr Rosni Adam.

Manakala Ketua Dewan Ulama, Mahfodz Mohamad menang tanpa bertanding selepas tidak dicabar.

Sementara itu, bagi kerusi naib presiden pula, dua daripada tiga naib presiden sedia ada – Datuk Husam Musa dan Salahuddin Ayub – mempertahankan jawatan mereka.

Mereka dicabar oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan tiga anggota Parlimen PAS, iaitu Idris Ahmad (Bukit Gantang), Datuk Iskandar Abdul Samad (Chempaka) dan  Datuk Mahfuz Omar (Pokok Sena).

Pengumuman ini dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Asmuni Awi di Pejabat PAS Kuala Lumpur sebentar tadi.

Pemilihan PAS akan berlangsung ketika muktamar PAS ke-61 di Kuala Selangor.

Lihat Komen
ADS