Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Dua bekas timbalan menteri pula 'berseteru'
Diterbitkan:  May 22, 2015 3:00 PM
Dikemaskini: 8:02 AM

Kecaman bekas Timbalan Menteri Pelajaran. Datuk Puad Zarkashi terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam ditegur Datuk Saifuddin Abdullah hari ini.

Menulis di Twitter, Saifuddin yang juga bekas timbalan menteri berkata, beliau pernah tidak sependapat dengan menterinya namun "tidak tergamak" mengkritik sekeras dilakukan Puad.

Kata Saifuddin ( kiri ) dia mungkin mempunyai perbezaan pendapat dengan Datuk Seri Noh Omar dan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sebelum ini.

"Tapi saya tak akan tergamak balin mereka dan tuduh malas dan sebagainya," katanya di Twitter.

Ketika berada dalam kerajaan, Saifuddin pernah berkhidmat sebagai timbalan kepada Noh dan Khaled di Kementerian Pengajian Tinggi.

Noh kini adalah Ahli Parlimen Tanjung Karang, manakala Khaled bertugas sebagai Menteri Besar Johor.

Saifuddin pula kalah dalam pilihan raya umum lalu di Temerloh.

Semalam, Puad memuat naik dua keping gambar menunjukkan keadaan "terlalu daif" sekolah di  Keningau, Sabah.

Kata Puad, keadaan itu berlaku kerana pegawai yang bertanggungjawab "tidak turun" padang.

"Kenapa mereka tidak turun ke bawah? Kerana menteri dan timbalan menteri juga malas turun ke bawah," tulisnya.

Kementerian Pelajaran kini diketuai Muhyiddin bersama Datuk Seri Idris Jusoh, manakala timbalannya ialah Datuk Mary Yap Kain Ching dan P Kamalanathan.

Lihat Komen
ADS