Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
JAIS: Ustaz dipecat sebab langgar perjanjian
Diterbitkan:  May 22, 2015 4:31 PM
Dikemaskini: 8:33 AM

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menjelaskan seorang guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (Kafa), yang menuntut kenaikan kenaikan elaun, dipecat kerana melanggar perjanjian perlantikan.

Pengarah JAIS Datuk Haris Kasim berkata penamatan perkhidmatan guru fekah dan sirah itu Ekhsan Bukharee Badrul Hisham berkuat kuasa mulai 1 Jun ini.

“Pihak media dipohon untuk merujuk surat penamatan perkhidmatan beliau,” kata Haris.

Ekhsan berkhidmat sebagai guru Kafa di Sekolah Rendah Agama Pekan Kapar, Klang.

Ekhsan menuntut gaji guru-guru Kafa dinaikkan kerana ia dinyatakan dalam manifesto pilihan raya Pakatan Rakyat.

Lihat Komen
ADS