Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
K'jaan pertahan IGP, demo antisalib 'bukan hasutan'
Diterbitkan:  May 28, 2015 1:24 PM
Dikemaskini: 5:29 AM

Kerajaan mendapati tiada kesalahan pada dakwaan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang menyatakan bukan hasutan bagi protes antisalib di sebuah gereja di Taman Medan.

Sebaliknya, polis mengklasifikasikan perkara itu sebagai pencerobohan bangunan.

"Kenyataan yang dibuat oleh ketua polis negara adalah berdasarkan kepada laporan polis yang dibuat dan telah diklasifikasikan awal sebagai pencerobohan bangunan bukan diklasifikasikan sebagai kesalahan bawah Akta Hasutan," katanya.

Dalam jawapan bertulis, Kementerian Dalam Negeri berkata adalah menjadi tanggungjawab polis untuk mengklafikasikan setiap aduan yang diterima bagi tujuan siasatan atau sebaliknya.

Kementerian menjawab soalan Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) sama ada tindakan diambil terhadap Khalid yang mengumumkan tiada hasutan dalam protes di sebuah gereja di Taman Medan, Petaling Jaya bulan lalu dan perkembangan siasatan mengenainya.

Ekoran bantahan awam ke atas bantahan itu, ia mendedahkan bahawa salah seorang peserta adalah abang KPN, Datuk Abdullah Abu Bakar, serta ahli-ahli Umno bahagian di kawasan itu.

Dalam jawapan yang sama, Kementerian itu berkata polis dalam proses untuk melengkapkan siasatan serta mengumpul bukti sebelum kertas siasatan diberikan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

Polis menyiasata kes itu bawa seksyen 448 dan 511 Kanun Keseksaan kerana melakukan kesalahan cuba melakukan pencerobohan bangunan pada 20 April lalu.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS