Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Menteri Kanan Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz menafikan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak telah memberi kata dua kepada anggota kabinet berhubung isu 1MDB.

Bercakap kepada Malaysiakini, beliau berkata suasana mesyuarat kabinet itu juga tidak tegang.

Katanya, perdana menteri hanya memberitahu mereka tentang perlunya mereka bersama dan apa juga keputusan mestilah dalam satu suara.

Perdana menteri, katanya, menegaskan sekiranya ada menteri yang tidak selesa dengan isu 1MDB, mereka boleh menghantar surat (peletakan jawatan) dan beliau memahaminya.

Nazri yang juga menteri pelancong dan kebudayaan berkata, tidak ada menteri yang membantah, termasuk Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal.

[Baca berita penuh/asal]

  

Lihat Komen
ADS