Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Zuhdi: PAS akan jadi pencatur utama
Diterbitkan:  Jun 9, 2015 6:00 PM
Dikemaskini: 10:14 AM

Anggota jawatankuasa PAS, Mohd Zuhdi Marzuki yakin barisan kepimpinan baru yang dipilih minggu lalu mampu menjadikan PAS pencatur utama politik Malaysia.

Menurutnya, PAS yang kekal dipimpin oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang kini berada di landasan yang benar dalam usaha membangunkan semula peradaban Islam di Malaysia.

“Kepimpinan PAS yang baru merupakan mereka yang begitu iltizam untuk membawa negara dan masyarakat Malaysia bernaung di bawah keadilan sistem kehidupan Islam,” kata Zuhdi dalam kenyataannya hari ini.

“Saf kepimpinan baru PAS didukung oleh golongan profesional yang mempunyai kepelbagaian latar belakang dalam bidang sains dan teknologi, bukan hanya mereka yang berlatar belakangkan profesion perundangan,” katanya.

Menurutnya, barisan baru itu juga akan dapat meraih semula kepercayaan pengundi Melayu daripada penguasaan Umno.

Katanya, trend tersebut sudah boleh boleh dilihat melalui keputusan pilihan raya kecil Rompin yang menunjukkan majoriti undi yang diperolehi Umno merosot.

Beliau yang juga bekas pengarah operasi pusat penyelidikan PAS berkata, parti itu semakin membina kekuatannya sendiri apabila berjaya menembusi undi pengundi bukan Melayu dan juga pengundi bumiputera Sabah dan Sarawak.

Beliau turut tidak menolak PAS akan meletakkan calon di kerusi majoriti bukan Melayu berdasarkan peranan penting yang dimainkan oleh Dewan Himpunan Penyokong PAS.

Zuhdi sejak Mac lagi meramalkan berlakunya perpecahan dalam parti Islam itu selepas muktamar dilangsungkan.

Beliau mengaitkan konflik dalaman parti yang tidak dapat diselesaikan dengan baik oleh kepemimpinan parti.

Ramalannya itu terbukti benar apabila para chai wala menyapu bersih jawatan utama dalam pemilihan hujung minggu lalu.

Lihat Komen
ADS