Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Dua dakwa terajui parti MIC
Diterbitkan:  Jun 16, 2015 6:55 PM
Dikemaskini: 11:24 AM

Awal hari ini, Presiden MIC Datuk Seri G Palanivel menggantung keahlian timbalannya Datuk Seri Dr S Subramaniam. Beberapa jam kemudian, penyandang jawatan nombor dua itu pula mengumumkan beliau kini menjadi pemangku presiden itu.

Subramaniam telah mempengerusikan mesyuarat  jawatankuasa kerja pusat (CWC) interim MIC yang mengesahkan bahawa keahlian Palanivel telah dibatalkan secara automatik sebaik sahaja dia mengheret Pendaftar Pertubuhan (ROS) ke mahkamah tanpa mendapat kelulusan CWC.

"Perl embagaan parti menyatakan bahawa mana-mana ahli yang membawa isu parti ke mahkamah tanpa resolusi CWC secara automatik dilucutkan keahlian," katanya.

Subramaniam, yang mengumumkan beliau akan mengambil peranan sebagai pemangku presiden, berkata beliau telah membangkitkan perkara itu dengan kepimpinan BN pada bulan Mac.

Bagaimanapun, ia tidak didedahkan kepada umum kerana perintah penangguhan di mahkamah.

Perkembangan terbaru itu juga menyaksikan A Sakthivel dilantik sebagai setiausaha agung manakala SA Vigneswaran mengambil alih jawatan setiausaha eksekutif.

Pada Isnin, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak dua permohonan semakan kehakiman yang difailkan oleh empat pemimpin MIC, termasuk Palanivel.

Tiga lagi - naib presiden S Sothinathan dan S Balakrishnan, bekas setiausaha agung A Prakash Rao dan pengarah strategik AK Ramalingam - juga telah dilucutkan keahlian mereka.

Sementara itu, Subramaniam juga menolak keputusan Palanivel untuk menggantung keahliannya, naib presiden MIC Datuk M Saravanan dan 13 lagi anggota CWC 2009 kerana melanggar arahan dan mengadakan mesyuarat.

"Kami tidak mengiktiraf arahan beliau," katanya, sambil berkata ia tidak memberi kesan kepada parti atau CWC.

 

 
 

 
Lihat Komen
ADS