Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

MP Pandan, Rafizi Ramli mendakwa, ahli perniagaan yang didakwa mendapat keuntungan dari pembelian harta tanah di Melbourne oleh MARA Inc Sdn Bhd mempertahankan bahawa urusniaga tersebut tidak menyalahi undang-undang.

Rafizi berkata, ahli perniagaan terbabit menemuinya semalam untuk menjelaskan mengenai tuduhan tersebut, susulan pendedahan MP tersebut bahawa bayaran berlabihan dibuat untuk urusniaga berkenaan.

"Beliau berkata, beliau memang menjual dengan harga tinggi seperti yang saya nyatakan sebelum ini.

“Ini bermakna, beliau mengesahkan kesemua butiran kewangan yang saya dedahkan, seperti membeli pada harga A$22 juta dan menjual pada harga A$31 juta kepada MARA dan segalanya.

“Beliau mengaku segala-galanya,” kata Rafizi dalam satu sidang media di ibu pejabat National Oversight and Whistleblower (NOW).

Menurutnya, individu tersebut juga berpandangan bahawa segala urusniaga tersebut tidak menyalahi undang-undang.

“Kebetulan beliau ada harta tanah yang bagus dan MARA buat keputusan untuk beli daripada beliau.

“Beliau juga mengaku membuat keuntungan dairpada harga yang dibayar oleh MARA, dan berpendapat ia adalah transaksi peniagaan biasa,” kata Rafizi lagi.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS