Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Warga FB berang dengan Teresa Kok
Diterbitkan:  Jul 6, 2015 4:00 PM
Dikemaskini: 4:41 PM

Tindakan MP Seputeh Teresa Kok menonjolkan gambar warga Iban berpakaian tradisi dalam satu upacara di sebuah gereja menimbulkan kemarahan para pengguna di Facebook.

Teresa berbuat demikian untuk mempersoalkan peraturan berpakaian yang dikuatkuasa di bangunan kerajaan.

“Pakaian tradisi Iban ini memang akan dilarang masuk pejabat kerajaan dengan kod pakaian perkhidmatan kerajaan sekarang,” kata Teresa.

Beliau yang mengaku "tertarik" dengan pakaian tradisi tersebut turut bergambar dengan enam orang lelaki Iban tersebut dalam acara di gereja Divine Mercy di Shah Alam.

Ini kerana, lelaki tersebut berpakaian "setengah bogel" dan "tidak menutup aurat", kata MP DAP itu lagi dalam tulisannya di laman tersebut.

Secara tidak langsung ia juga bagi menyahut cabaran pensyarah kontroversi, Ridhuan Tee agar pihak yang tidak bersetuju dengan etika pemakaian masuk ke gereja dengan hanya berseluar dalam.

Namun lain pula reaksi pengguna Facebook , yang antara lainnya menganggap tindakan itu memperbodoh-bodohkan mereka.

Pavl Alan Morison: Saya orang Sarawak. Simple, pakaian itu adalah pakaian tradisional orang Iban. Kita hanya pakai waktu perayaan atau upacara tertentu. Stop the nonsense.

Alwi Adam EzazWealth: Nampak sangat tak kenal orang Sarawak. Orang Iban dah tak pakai pakaian macam ini untuk aktiviti seharian. Ini pakaian tradisi.

Teresa ingat orang Iban mundur sangat ke? Dah majulah.

Wan Sahrin Izwan: Statement nyonya ini menampakkan tahap mentaliti serta IQ beliau yang berada di bawah tahap tapak kasut. Kaum Iban sendiri pun tahulah dress code nak buat urusan rasmi di pejabat. Dia orang pun dah jadi golongan profesional lah. Aku tahulah, family aku bangsa iban.

Rafek Saleh:  ... kenapa ni? Tak habis-habis cerita pasal aurat. Saya dah 40 tahun terbang ke seluruh dunia termasuk Sabah & Sarawak. Tak pernah nampak pun Orang Asli atau Iban pakai cawat naik kapal terbang.

Mohd Akmal: Come on lah Teresa. Bawalah isu yang boleh membina negara sikit. Kau dengan Ahmad Maslan sama saja bodoh.

Ibnu Batoota Owsem: Orang Iban yang kerja kerajaan datang pejabat pakai cawat ke?

Lihat Komen
ADS