Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mufti: Api perkauman ditiup dari PRU lalu
Diterbitkan:  Jul 14, 2015 5:27 PM
Dikemaskini: 9:39 AM

Ramai tertanya-tanya kenapa begitu mudah tercetusnya insiden keganasan di Malaysia sekarang ini.

Bagi mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, beliau percaya perkara itu hasil bibit-bibit sentimen perkauman yang dimainakan kebelakangan ini, bermula sejak pilihan umum lalu.

Bukan sahaja atas kepentingan politik kepartian, nada sama, kata Asri, turut dikongsi oleh golongan aktivis dan NGO di negara ini.

“Hasilnya, api kebencian antara kaum mula semarak khususnya dalam jiwa anak-anak muda,” katanya.

“'Tangan-tangan siapakah gerangan' yang cuba membangkitkan permusuhan kaum dan juga satu pihak lagi mereka yang cuba memperlihatkan sentimen anti agama tertentu khususnya Islam, bertanggungjawab terhadap perasaan kebencian antara kaum dan agama yang sudah mula subur.”

 

Pada saya insiden perkauman yang berlaku baru-baru ini adalah bibit-bibit kesan dari sentimen perkauman yang telah...

Posted by DrMAZA.com on  Monday, 13 July 2015

Menulis di Facebook, Asri berkata, demi masa depan Malaysia, ahli politik yang suka menjadikan isu kaum sebagai senjata membangkitkan kebencian hendaklah ditentang semua pihak.

Ketegangan berpunca daripada pergaduhan pada Sabtu berhubung pertikaian mengenai sebuah telefon bimbit di Plaza Low Yat, Kuala Lumpur.

Polis menolak dakwaan ia mempunyai kaitan kena mengena dengan pergaduhan kaum.

Seorang lelaki yang dituduh mencuri telefon bimbit di pusat jualan barangan elektronik itu, Shahrul Anwar Abdul Aziz, 22,  didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini.

Beliau pada mulanya mengaku bersalah atas tuduhan itu sebelum menukar pengakuan selepas dinasihati peguam ketika pertuduhan dibacakan buat kali kedua.

Lihat Komen
ADS