Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Umno Negeri Sembilan yakin parti itu mampu mentadbir di negeri berkenaan tanpa bantuan rakan komponen dalam BN.

Datuk Seri Mohamad Hassan berkata parti itu kini menguasai 22 daripada 36 kerusi dewan undangan negeri (DUN).

Katanya, Umno boleh menguasai majoriti dalam DUN kerana kebanyakan kerusi yang dikuasai ini adalah kawasan majoriti pengundi Melayu.

Memberikan ucapan bersemangat, Menteri Besar Negeri Sembilan itu juga berkias: "Jangan biar cacing naik ke mata, nanti buta... Saya tak mau presiden saya (Presiden Umno) buta.

"Tak ada EO (Ordinan Darurat), tak ada ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri), itu Datuk Seri (Najib Razak) punya pasal.

"Orang kata ada senjata, jangan buang.

"Kalau yang lain nak mampuih (mati) pergi mampuih lah," katanya.

Mohamad juga membidas sesetengah pihak yang didakwanya berebut-rebut mahukan kerusi dalam pilihan raya tetapi malas berkhidmat kepada rakyat.

"Saya cadangkan Datuk Seri dalam pilihan raya umum ke-14 nanti, jangan ikut tuntutan mereka.

"Sebaliknya, berikan semua kerusi majositi Melayu kepada Umno," kata beliau yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Sembilan.

Kenyataan Mohammad itu dibuat dalam mesyuarat tahunan Umno bahagian Seremban hari ini. Ia dirasmikan oleh perdana menteri sendiri.

Mohamad menambah, jentera Umno bekerja bersungguh-sungguh namun gagal mendapat hasil yang diharapkan kerana taida kerusi yang dimenangi parti komponen BN di negeri itu.

Malah, katanya, kemenangan parti BN di Negeri Sembilan diperoleh dengan sokongan pengundi Melayu.

"Antah rendam macam mana pun takkan jadi emping. Jadi jangan pening kepala dengan antah," kata Mohamad berkias.

Beliau kemudian berjenaka dengan bertanya kepada Najib: "Datuk Seri faham tak ni?"

Lihat Komen
ADS