Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

BN Selangor menzahirkan kembimbangan yang sama seperti parti politik yang lain mengenai penubuhan Darul Ehsan Investment Group (DEIG).

Setiausaha BN Selangor Budiman Mohd Zohdi berkata, Menteri Besar Selangor seharusnya membentangkan kertas putih mengenai pengurusan pelan perancangan DEIG sekaligus menyokong saranan ADUN (PAS) Hulu Kelang Saari Sungib yang menggesa Azmin Ali berbuat demikian.

“Kalau awak tengok semua ADUN menzahirkan kebimbangan yang sama, yang saya nyatakan tadi daripada PAS pun bimbang, daripada DAP pun bimbang, dari BN pun bimbang.

“Saya mahu Menteri Besar membentangkan kertas putih seperti yang disarankan ADUN Hulu Kelang,” katanya dalam sidang media selepas sesi penerangan khas isu DEIG di Shah Alam, malam tadi.

Sebelum ini dalam laporan FreeMalaysiaToday , ADUN Damansara Utama Yeo Bee Yin turut melahirkan kebimbangan mengenai kebolehan DEIG untuk mengawal 72 syarikat GLC di Selangor dan juga kekurangan pengalaman pihak atasan syarikat itu dalam menguruskan aset kerajaan negeri.

Budiman yang juga ADUN Sungai Panjang berkata seharusnya Menteri Besar Inc (MBI) perlu dibuat penambahbaikkan tanpa perlu mewujuddkan DEIG sebagai entiti baru.

“Kenapa MBI tidak dibuat penambahbaikkan. Kenapa perlu ada entiti (DEIG) yang baru.

“MBI tidak distruktur dengan baik. Kenapa kita tidak hanya memperkukuhkan yang sedia ada,” katanya kepada kira-kira 50 orang yang hadir di sesi itu.

Budiman berkata, beliau khuatir jika perkara ini didiamkan dan tidak didedahkan, akan berlaku pembaziran yang akhirnya akan merugikan rakyat Selangor sendiri.

Beliau menegaskan, tidak akan berdiam diri sebaliknya akan terus membuat siri penerangan berterusan sekiranya Azmin terus membisu.

DEIG dilapor ditubuhkan pada Disember tahun lalu dan dilancarkan pada Mei tahun ini untuk menguruskan pelaburan anak syarikat MBI.

DEIG adalah syarikat milikan penuh MBI dan mempunyai modal yang dibenarkan sejumlah RM10 juta.

Ia akan akan ditadbir oleh lembaga pengarah yang terdiri daripada menteri besar Selangor, setiausaha kerajaan negeri, pegawai kewangan negeri, ketua pegawai eksekutif MBI dan ketua pegawai operasi MBI dan disokong golongan profesional yang pakar dalam bidang pelaburan strategik.

Lihat Komen
ADS