Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Polis: Jangan bimbang, KL selamat
Diterbitkan:  Aug 30, 2015 11:59 PM
Dikemaskini: 4:18 PM

Polis memberi jaminan keadaan bandar raya Kuala Lumpur selamat untuk sambutan Hari Kemerdekaan Negara ke-58 yang akan berlangsung esok.

Malah, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md Isa berkata orang ramai tidak perlu bimbang kerana pihaknya akan memastikan keselamatan mereka sentiasa terjamin.

"Polis akan terus memastikan keadaan bandar raya Kuala Lumpur berada dalam keadaan terkawal, selamat, dan ketenteraman awam terpelihara," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata sebanyak 14 laporan polis diterima pada 29 Ogos manakala pada 30 Ogos sebanyak 13 laporan sehingga 10.45 malam ini, dengan lima kertas siasatan dibuka.

"Sehingga kini polis Kuala Lumpur telah membuat satu penangkapan ke atas seorang lelaki Melayu berumur 21 tahun kerana berkelakuan mengaibkan dan disiasat mengikut Seksyen 25(1)(n) Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 kerana gagal mengemukakan pengenalan diri apabila diminta oleh pegawai polis," katanya dalam kenyataan.

Lihat Komen
ADS