Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Najib ajak rakyat beri cadangan Bajet 2016
Diterbitkan:  Sep 7, 2015 7:42 AM
Dikemaskini: 11:44 PM

Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak rakyat untuk bersama-sama memberikan cadangan sebelum 15 September ini untuk dimasukkan dalam Bajet 2016 yang akan dibentang di Parlimen, 23 Oktober ini.

Perdana menteri, yang juga menteri kewangan, berkata cadangan tersebut boleh dikemukakan kepadanya menerusi laman webnya.

"Kerajaan sedang menyediakan #Bajet2016. Ada cadangan yang ingin diberikan kepada saya? Kemukakan sebelum 15 Sept di https://najibrazak.com/bajet2016/," katanya menerusi twit terbaru di akaun Twitternya, malam tadi.

Laman web najibrazak.com/bajet2016/ itu turut memaparkan beberapa kategori yang sering menjadi fokus dalam Bajet-bajet sebelum ini.

Antaranya kos sara hidup, pembangunan luar bandar, perumahan, kesihatan, pengangkutan dan infrastruktur, pembangunan ekonomi, pendidikan dan keselamatan.

Selain itu, orang ramai diberi peluang mengemukakan cadangan-cadangan lain.

- Bernama

Lihat Komen
ADS