Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Azmin: Umno hanya mampu laung slogan rasis?
Diterbitkan:  Sep 17, 2015 11:28 AM
Dikemaskini: 6:58 AM

Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata beliau berasa sangat malu dan meluat dengan perhimpunan kumpulan baju merah di Kuala Lumpur semalam.

Beliau juga kecewa kerana Umno hanya mampu menganjurkan perhimpunan seperti itu untuk menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Tiada kata-kata yang dapat menyatakan rasa malu dan meluat yang saya rasakan apabila melihat orang Melayu berbaju merah – lelaki dan wanita – melaungkan slogan rasis dan pernyataan hina serta kebencian.

“Adakah ini idea Umno yang paling baik untuk mengembalikan maruah orang Melayu?

“Membangkitkan sentimen anti-Cina, anti-DAP dan melakukan tindakan provokasi seperti berarak ke (Plaza) Low Yat dan Petaling Street?,” katanya timbalan presiden PKR.

Sementara itu, naib presiden parti itu, Nurul Izzah Anwar pula berkata, tindakan kumpulan baju merah itu hanya merosakkan lagi maruah Melayu dan bukan satu usaha mempertahankan nilai itu.

Laungan-laungan kasar berbentuk maki hamun jelas kedengaran di perhimpunan ini dengan pelbagai panggilan yang penuh dengan sentimen perkauman.

“Pastinya ini bukan Perhimpunan Pertahankan Maruah Melayu. (Sebaliknya), ini himpunan menjual Maruah Melayu. Apakah yang mereka perjuangkan?,” kata Nurul Izzah dalam kenyataannya.

[Berita penuh menyusul]

Lihat Komen
ADS