Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
WSJ: AS$1 bilion lagi dari 1MDB ke IPIC hilang
Diterbitkan:  Sep 18, 2015 1:27 PM
Dikemaskini: 5:31 AM

Bayaran hampir AS$1 bilion lagi daripada 1MDB kepada International Petroleum Investment Co (IPIC) yang berpangkalan di Abu Dhabi, Emeriah Arab Bersatu (UAE) didakwa hilang, menurut laporan T he Wall Street Journal (WSJ).

Memetik pihak yang mengetahui perkara itu, harian kewangan antarabangsa itu melaporkan dakwaan kehilangan AS$993 juta itu dibangkitkan oleh pegawai-pegawai di Abu Dhabi.

WSJ melaporkan pegawai 1MDB dan IPIC tidak mengulas pertanyaan berkaitan perkara itu.

Minggu lalu, WSJ juga melaporkan IPUC tidak menerima AS$1.4 bilion daripada 1MDB.

Dengan dakwaan terbaru ini, jumlah transaksi keseluruhan yang dikatakan hilang antara dua syarikat itu dikatakan sebanyak AS$2.4 bilion.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS