Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Parlimen bukan sarkas, menteri bidas MP bawa sepanduk
Diterbitkan:  Oct 23, 2015 8:00 PM
Dikemaskini: 12:12 PM

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak membidas ahli parlimen pembangkang yang membawa sepanduk menunutut Datuk Seri Najib Razak menjelaskan di mana ‘derma’ RM2.6 bilion yang didakwa disalur ke akaun peribadi perdana menteri.

"Tindakan ahli parlimen pembangkang itu seperti budak-budak yang tidak matang," katanya kepada Malaysiakini.

Katanya, tindakan pembangkang bukan sahaja tidak menghormati Najib tetapi juga Dewan Rakyat yang mulia.

"Kita bukan sahaja mesti mematuhi kod pakaian di Parlimen tetapi menjaga etika berkelakuan juga. Jangan jadikan Parlimen sebagai sarkas," katanya.

Ahli Parlimen pembangkang menaikkan sepanduk yang berbunyi 'Mana RM2.6 bilion?' selepas Najib selesai membentangkan ucapan Bajet 2016 di Dewan Rakyat.

Turut membidas pembangkang adalah Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Beliau berkata, walaupun tidak salah untuk bertanya soalan berkenaan tetapi ada cara yang betul untuk melakukannya.

“Tak salah tanya. Saya yakin ramai bangkitkan dalam perbahasan minggu depan. Tapi ini bukan caranya. Parlimen bukan pasar,” tulisnya di twiter.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS