Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Salinan soalan Husam ke PAC Kelantan
Diterbitkan:  Oct 29, 2015 2:28 PM
Dikemaskini: 6:29 AM

Salinan soalan berkaitan isu pembalakan Kelantan daripada Datuk Husam Musa (PAS-Salor) turut dimajukan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negeri (PAC) negeri.

Bekas exco kanan negeri itu berkata penyerahan salinan soalan itu kepada PAC Kelantan dibuat bagi tujuan penelitian jika perlu.

“Sejumlah soalan tambahan dengan notis ini, saya akan sampaikan satu salinan kepada MB sebelum sidang bermula.

“Satu salinan akan juga disampaikan kepada Pengerusi PAC Negeri Kelantan, kalau kalau ada aspek yang boleh diteliti oleh mereka,” tulis Husam di Facebook.

Husam mengemukakan lima soalan kepada Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob dalam sidang DUN yang akan bermula Isnin depan.

Terdahulu bekas naib presiden PAS itu lantang mendedahkan beberapa tindakan kerajaan negeri yang disifatkannya tidak wajar dan menyimpang dari konsep ketelusan.

Malah Husam juga menuntut kerajaan negeri supaya tidak meluluskan permohonan sebuah syarikat untuk menebang kawasan seluas 1,400 hektar di hutan simpan Kekal Ulu Sat di Machang.

Semalam seorang pengundi luar Kelantan Mohd Afiq Ayob membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap dakwaan rasuah lebih RM5 juta berkaitan kegiatan pembalakan melibatkan seorang pemimpin di negeri ini.

Ahmad berkata, Kelantan sedia memberi kerjasama kepada SPRM bagi menyiasat dakwaan berlaku rasuah membabitkan pemimpin kerajaan negeri itu.

Lihat Komen
ADS