Politik wang, Pak Lah kata BPR boleh bertindak
Badan Pencegah Rasuah (BPR) boleh bertindak terhadap isu politik wang dalam Umno sekiranya ada perkara-perkara yang melanggar peraturan dan undang-undang yang dikuatkuasakan oleh badan tersebut, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini.
Badan Pencegah Rasuah (BPR) boleh bertindak terhadap isu politik wang dalam Umno sekiranya ada perkara-perkara yang melanggar peraturan dan undang-undang yang dikuatkuasakan oleh badan tersebut, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini.
"Kalau bersabit dengan politik wang itu, ada perkara-perkara yang melanggar peraturan dan undang-undang BPR, maka tentulah (BPR) boleh masuk," kata Perdana Menteri.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Kolej Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur di Kuala Lumpur.
Menurut Bernama, Abdullah yang juga Presiden Umno menjawab pertanyaan pemberita sama ada BPR boleh "masuk" berhubung isu politik wang dalam Umno.
Katanya, BPR boleh bertindak berdasarkan aduan dan memperolehi maklumat sendiri bahawa berlaku sesuatu yang menyalahi undang-undang yang dikuatkuasakan olehnya.
Sebelum ini, Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang menggesa Abdullah supaya memberi jaminan kepada rakyat bahawa BPR mempunyai kuasa penuh untuk menyiasat kes-kes rasuah termasuk kes politik wang dalam Umno.
Lim membuat gesaan itu berikutan kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa Umno tidak akan melibatkan BPR dalam apa juga siasatan berkaitan kes politik wang dalam Umno kerana ianya adalah hal dalaman parti itu.
Siasat
Beliau menyifatkan kenyataan itu sebagai membelakangi undang-undang dan perlembagaan negara.
Kelmarin, Ketua Pengarah BPR, Datuk Seri Zulkipli Mat Noor berkata politik wang adalah rasuah mengikut Akta Mencegah Rasuah 1997.
Beliau dilaporkan berkata akta tersebut tidak memberi sebarang pengecualiaan kepada pihak berkuasa, termasuk Majlis Tertinggi Umno, daripada disiasat oleh badan itu dan menentukan potensi kes-kes terbabit.
Manakala Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng semalam, berhubung politik wang dalam pemilihan Umno September lalu.
Dalam laporannya, Guan Eng berkata, ia membabitkan kepentingan awam kerana sesetengah pemimpin Umno yang digantung keahlian mereka (kerana politik wang) masih lagi memegang jawatan sebagai Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), Ahli Exco Negeri dan Setiausaha Parlimen.
Sehingga ini, 49 pemimpin Umno telah dikenakan tindakan termasuk 37 daripadanya telah digantung keahlian dalam Umno mereka selama tiga tahun, manakala 12 lagi diberi amaran keras.
Antaranya yang digantung keahlian ialah Ahli Parlimen Titiwangsa Datuk Astaman Abdul Aziz dan Ahli Parlimen Silam Samsu Baharun Abdul Rahman serta Adun Telok Mas (Melaka) Datuk Amid Nordin. Manakala Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Mahadzir Mohd Khir diberi amaran kerana kerana terbabit dalam politik wang.
Lapor komen ini


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.