Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
IGP anggap Charles 'pengecut' lari selepas buat SD

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar mengesahkan hari ini bahawa Charles Morais, yang dianggapnya sebagai "pengecut", telah meninggalkan negara ini melalui Tambak Johor.

Ia selepas Charles membuat akuan berkanun (SD) mendakwa konspirasi peringkat tinggi konspirasi dalam pembunuhan abangnya, bekas Timbalan Pendakwa Raya Anthony Kevin Morais, pada satu sidang akhbar pada hari Rabu.

"Dia telah meninggalkan negara ini. Kami memeriksa [...] dia menyeberangi Tambak Johor Bahru pada kira-kira jam 1.30 petang hari yang sama dia buat sidang akhbar tersebut di pejabat peguamnya," katanya hari ini.

Menurut Khalid, polis sedang menyiasat Charles bawah Seksyen 202 Kanun Acara Jenayah (CPC) kerana menyimpan maklumat dan di bawah Seksyen 124L Kanun Keseksaan kerana cuba melakukan sabotaj.

Beliau berkata, Charles seorang yang tidak bertanggungjawab kerana selepas membuat sidang akhbar di pejabat peguamnya, beliau terus meninggalkan Malaysia melalui Johor Bahru.

Khalid menyifatkannya sebagai seorang pengecut kerana melarikan diri selepas membuat tuduhan.

"Apa jenis manusia ini," kata Khalid di sidang media hari ini selepas menghadiri upacara perbarisan tamat latihan kadet inspektor di Dataran Kawad, Pusat Latihan Polis di ibunegara.

Khalid juga berkata polis akan mendapatkan bantuan peguam Charles, Americk Sidhu, untuk mengesannya.

Malaysiakini menghubungi Americk yang bertanya mengapa polis memerlukan bantuan beliau untuk mengesan Charles sedang alamat Charles di Atlanta ditulis dengan jelas dalam SD itu.

"Mereka tidak perlu saya untuk membantu mengesan Charles ke bawah.

"Jika mereka lihat SD yang dibuat Charles, dalam perenggan pertama, alamat Charles di Atlanta dinyatakan," katanya.

Beliau telah menghantar satu salinan SD Charles kepada pihak polis, katanya.

Menurutnya, beliau juga bersedia untuk memberi alamat e-mel Charles kepada IGP jika diperlukan.

"Anda beritahu Ketua Polis Negara bahawa jika beliau mahukan alamat e-mel Charles, saya akan berikannya kepadanya dan kemudian beliau boleh tanya Charles semua soalan yang beliau mahu melalui e-mel," katanya.

Americk turut menyangkal dakwaan Khalid bahawa Charles adalah seorang 'pengecut'.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS