Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Rizalman ke kelab bogel sekadar dengar muzik
Diterbitkan:  Dec 4, 2015 4:20 PM
Dikemaskini: 12:19 PM

Bekas atase pertahanan Muhammad Rizalman Ismail mengakui di Mahkamah Tinggi Wellington hari ini bahawa dia pergi ke kelab bogel sekadar menikmati muzik.

Rizalman, yang berkhidmat dengan pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia sebelum didakwa, sedang menghadapi perbicaraan di New Zealand atas tuduhan serangan sumbang.

Menurut akhbar NZ Herald, pendakwa raya Grant Burston menyoal Rizalman sama ada dirinya ada mengunjungi kelab bogel "Mermaids" di Wellington sebanyak dua kali kerana merasakan dia tertekan.

Rizalman: Ya.

Burston: Wanita-wanita itu menanggalkan pakaian mereka?

Rizalman: Hanya pakaian luar mereka.

Burston: Wanita itu bogel pada paras dada?

Rizalman: Ya.

Burston: Adakah awak berminat melihat wanita yang menarik itu di kelab bogel?

Rizalman: Tidak.

Burston : Mengapa awak pergi ke kelab bogel?

Rizalman: Untuk mendengar muzik dan melepaskan tekanan.

Mahkamah juga diberitahu ada insiden sebelum ini yang melibatkan Rizalman dan wanita.

Sambar bahu wanita

Menurut laporan itu, Rizalman mengaku membeli ganja di sebuah kedai di Wellington yang bernama Cosmic on Cuba pada 2 Mei tahun lalu, di mana beliau kemudian cuba memikat dua pembantu kedai wanita muda.

Burston menyoal Rizalman sama ada dia menyapa kedua-dua wanita itu dan ingin tahu jika mereka mempunyai teman lelaki dan mengajak seorang daripada wanita berkenaan keluar minum. Dia menjawab, "mungkin".

Walau bagaimanapun, Rizalman berkata dia "tidak ingat" apabila ditanya sama ada beliau menyambar bahu seorang wanita muda itu apabila diberitahu supaya tidak mengganggu mereka.

Beliau memberi jawapan yang sama ketika ditanya sama ada seorang pekerja lelaki mengiringinya keluar dari kedai.

Menurut laporan itu, Rizalman juga mengaku menghisap ganja sintetik di Malaysia tetapi menafikan menggunakannya semasa berada di New Zealand.

Burston juga menekankan bahawa kejadian berasingan pada 8 Mei tahun lalu di mana dia juga mengekori wanita lain.

Bagaimanapun, Rizalman menegaskan beliau hanya mahu bercakap dengan wanita itu mengenai masalahnya.

Burston kata selepas perempuan itu menyembunyikan dirinya di kedai, Rizalman terus merenung ke arahnya sebelum menuju ke keretanya.

Pendengaran ini bukan untuk menentukan sama ada Rizalman bersalah atau tidak kerana dia sudah mengaku bersalah atas kesalahan serangan sumbang.

Dia bagaimanapun mempertikaikan sebahagian fakta-fakta kes dan pendengaran itu juga bertujuan menentukan versi mana yang akan diterima oleh mahkamah.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS