Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tindakan keras AG pada pemberi maklumat untuk lindungi BN -Pua

Cadangan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali untuk menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup kepada pemberi maklumat bertujuan untuk menutup kes melibatkan BN, kata Ahli Parlimen DAP.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata rancangan itu adalah tidak bermoral dan merupakan percubaan yang jelas untuk menakutkan orang ramai daripada mendedahkan bukti salah urus.

"Peguam Negara telah benar-benar hilang kompas moral dan menjauhi semua prinsip-prinsip keadilan sejagat dalam usaha beliau untuk melindungi semua kes yang melibatkan pentadbiran BN," kata Pua kepada Malaysiakini malam tadi.

Apandi semalam memberitahu Sin Chew Daily bahawa beliau merancang untuk meningkatkan hukuman penjara di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA), yang kini antara 1 hingga tujuh tahun kepada penjara seumur hidup.

Peguam negara itu berkata wartawan yang enggan mendedahkan sumber mereka yang membocorkan rahsia negara juga tidak terkecuali.

Berita maklumat bocor mengenai firma berkaitan kerajaan termasuk 1MDB sentiasa menjadi tajuk utama sejak 2015.

Kebocoran dalam kes ini tidak dilindungi di bawah OSA, tetapi Pua bimbang kes ini juga akan diklasifikasikan jika rancangan Apandi ini menjadi kenyataan.

Baca berita penuh.

Lihat Komen
ADS