Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
DCA nafi pesawat MH149 KL-Melbourne hilang dari radar
Diterbitkan:  Feb 24, 2016 12:12 PM
Dikemaskini: 7:15 AM

Jabatan Penerbangan Awam (DCA) hari ini menafikan khabar angin kononnya pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH149 yang berlepas dari Kuala Lumpur ke Melbourne, Australia malam tadi telah hilang dari radar dan tidak dapat dikesan.

Ketua Pengarah DCA Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman berkata pesawat berkenaan yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada jam 10.07 malam tadi telah selamat mendarat di Melbourne pada 8.21 pagi waktu tempatan (5.21 pagi waktu Malaysia).

"Ia merupakan satu laporan palsu yang tidak bertanggungjawab dan boleh mencetuskan keresahan kepada awam," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai maklumat di laman sosial bahawa pesawat MH149 telah hilang dari radar.

- Bernama

Lihat Komen
ADS