Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Blok ketiga? Kosong campur kosong tetap kosong, kata DAP

Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang hari ini menolak relevan ‘blok ketiga pembangkang’ yang ditubuhkan antara PAS dan parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN).

"Adakah itu kuasa ketiga? Dalam politik, kosong campur kosong adalah tetap bersamaan dengan kosong. Anda boleh petik saya mengenainya," katanya pada sidang media di ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur.

Lim berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan PAS tengah hari tadi yang membentuk blok pembangkang baru selepas perpecahan Pakatan Rakyat tahun lalu.

Lim bagaimanpun enggan mengulas lanjut dan berkata beliau "tidak mahu mengeluarkan kata-kata yang tidak baik."

PAS menandatangani memorandum persefahaman dengan Presiden Ikatan Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir pada sidang media di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Kadir, seorang bekas menteri Umno, menubuhkan partinya pada bulan Jun, 2012, menjelang Pilihan Raya Umum ke-13.

IKATAN, bagaimanapun, gagal didaftarkan secara rasmi dan hanya dilancarkan sebagai sebuah parti berbilang kaum pada 15 Mei tahun lalu.

PAS bersama PKR dan DAP membentuk Pakatan Rakyat menjelang pilihan raya umum ke-13 lalu namun kerjasama politik berkenaan berkubur apabila hubungan antara parti mengalami masalah.

Antara lain ia berpunca daripada krisis dalaman PAS sendiri apabila kumpulan konservatif dilihat melakukan 'pembersihan' terhadap golongan progresif parti itu.

Sebelum ini Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan mengumumkan pembentukan “blok ketiga politik” yang diharap setanding dengan Pakatan Harapan untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS