Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menyatakan kesediaannya untuk berdebat dengan Pengarah Strategik Komunikasi BN Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berhubung isu Taman Manggis.

Lim juga berkata beliau bersedia untuk melakukan debat tersebut di tempat terbuka.

Malah, beliau juga berharap agar debat itu juga akan dibuat secara langsung menerusi televisyen.

"Saya rela berdepan dengan menteri walaupun dia ada maklumat, saya tak ada. Tapi saya rela berdebat berdasarkan maklumat terakhir yang saya ada dari pihak berkenaan.

"Kalau mahu (ditayangkan di televisyen), di TV3 lebih baik. TV3 tiap-tiap malam hentam saya.

"Kami semua tak ada dokumen tapi berani berdepan kerana tak ada apa-ala nak disembunyikan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Selain itu, Lim juga berkata, tarikh dan lokasi untuk debat berkenaan diserahkan kepada Ketua Whip DAP Anthony Loke.

Sementara itu, mengulas mengenai dakwaan menteri kesejahteraan bandar, perumahan dan kerajaan tempatan yang mengatakan Lim tidak tahu prosedur Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), beliau hanya memberi perbandingan dengan jual beli kereta.

"Kalau anda beli kereta bayar RM30,000, adakah anda bayar tapi tak tukar hak milik kereta? Kalau tak tukar ia bukan milik anda.

"Sama juga kalau pemilik saham masih dimiliki KLIDC (Kuala Lumpur International Dental Centre Sdn Bhd).

"Takkan syarikat yang dah bayar RM70.6 juta tak mahu cepat-cepat tukar nama milikan saham. Ini bukan RM70,000, ini RM70 juta. Bukan main-main punya jumlah," katanya lagi.

Lihat Komen
ADS