Nazir: Pindah wang Najib hanya sekali saja
Diterbitkan: Apr 18, 2016 3:58 PM | Dikemas kini: Apr 18, 2016 4:00 PM
Pengerusi CIMB Datuk Nazir Razak hari ini berkata bantuannya mengedarkan wang bagi pihak abangnya Datuk Seri Najib hanya diberikan sekali sahaja.
“Abang saya tidak meminta bantuan sebegini pada masa lain,” kata Nazir kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat ahung Kumpulan CIMB di Kuala Lumpur hari ini.
Nazir sebelum ini mengambil cuti bagi sementara semakan bebas berkaitan pemindahan AS$7 juta yang dibuatnya bagi pihak Najib dibuat.
Ketika menyatakan kesalnya kerana berkompromi dengan reputasi CIMB, Nazir menegaskan beliau percaya tiada kesalahan dalam proses pemindahan pada 2013 itu.
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.