Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Rakaman wanita belasah warga asing viral
Diterbitkan:  Apr 26, 2016 5:17 PM
Dikemaskini: 10:46 AM

Sekurang-kurangnya tiga rakaman klip video menunjukkan seorang wanita menyerang warga asing kini menjadi viral di media sosial.

Wanita berkenaan yang didakwa merupakan seorang penguatkuasa dikatakan melakukan serangan itu dalam satu serbuan.

Video itu dipercayai pertama kali dimuat naik oleh pengerusi NGO badan pemantau jenayah My Watch, R Sanjeevan di laman Facebook, Twitter dan Instagram miliknya.

Menerusi video pertama, penguatkuasa wanita itu dilihat menyoal siasat warga asing berkenaan sebelum tiba-tiba memukul mangsa.

Dalam rakaman kedua dan ketiga pula, wanita itu menyerang mangsa dengan lebih ganas termasuk menendang di bahagian kelangkangnya dan membelasah mangsa bertubi-tubi seperti aksi bertinju.

Perbuatan itu bagaimanapun hanya dibiarkan beberapa anggota lelaki yang berada di situ.

Berikutan itu, ramai pengguna internet mengecam perbuatan penguatkuasa wanita itu dan mahu pihak berkuasa mengambil tindakan terhadapnya.

Angah Nino berkata "Jangan salahgunakan kuasa kak oi. Baru ada jawatan kerajaan bukan bermakna kau boleh berbuat suka hati mak bapak kau. Ingat nanti kalau jawatan kau terlucut, berwaspada selalu jangan bongkak kerana kau orang kerajaan,".

Sundra Sharvin Raj menulis "Polis pun tak ada hak untuk membelasah suspek kecuali untuk mempertahankan diri, apatah lagi imigresen,".

Wayne Chua pula meminta tindakan tatatertib diambil tindakan terhadap penguatkuasa terbabit kerana perbuatannya yang melampau.

Sementara seorang lagi pengguna Facebook, Mohd Hamzah Jimin berkata ramai penguatkuasa di agensi berkenaan tidak berbudi bahasa dan kasar.

"Kerja ikut nafsu. Inilah yang menjadikan negara Malaysia dipandang rendah oleh masyarakat lain," ujarnya.

Bagaimanapun terdapat juga pengguna internet mempertahankan tindakan penguatkuasa itu.

Nesh Cool berkata "Aku rasa pegawai buat macam tu mesti ada sebab yang tertentu, mungkin warga asing tu cakap kurang ajar kat dia kot. Kalau tidak takkan dia serang seorang tu je,".

"Kalau yang buat kerja penguatkuasaan ni lemah lembut penuh la Malaysia dengan pendatang haram," kata Khairul Annuar.

Adam Nazzreen berkata "Menyerang mesti bersebab, takkan nak serang PATI kalau dia tak buat salah. Lagi satu kebanyakan PATI ni tak faham bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris. Bila tanya itu ini mula la buat muka bodoh," ujarnya.

Lihat Komen
ADS