Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Bank enggan beri pinjaman kepada rakan kongsi 1MDB
Diterbitkan:  May 18, 2016 11:34 AM
Dikemaskini: 4:07 AM

1MDB mungkin memeterai usaha sama dengan syarikat gergasi dalam usaha bergerak ke hadapan bersama projek-projeknya di tengah-tengah masalah kewangan.

Bagaimanapun, masalah dana dihadapi syarikat itu kini turut memberi kesan kepada rakan kongsinya yang lain.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Johari Abdul Ghani berkata bank-bank enggan memberi pinjaman kepada rakan kongsi projek 1MDB kerana masalah dana negara, lapor The Edge Financial Daily hari ini.

"Sekarang isu ini ... anda tahu Tun Razak Exchange (TRX), kita mempunyai usaha sama dengan Land Lease (sebuah syarikat yang disenaraikan di Australia). Mereka tidak boleh bergerak kerana rakan kongsi projek itu tidak boleh mendapatkan pembiayaan kerana isu 1MDB.

"Dalam Bandar Malaysia, juga perkara yang sama. Jadi ia adalah amat sukar bagi bank-bank tempatan atau antarabangsa untuk membiayai apabila anda mempunyai isu-isu dalam 1MDB," Johari dipetik sebagai berkata.

Beliau berkata ini menyebabkan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mencadangkan aset dan anak-anak syarikat 1MDB diletakkan terus di bawah Kementerian Kewangan.

Rancangan untuk memindahkan aset 1MDB kepada cabang pelaburan kementerian-Menteri Kewangan Diperbadankan, adalah di landasan yang betul, katanya.

"Kami sedang memuktamadkan perjanjian itu," Johari dipetik sebagai berkata.

Dalam perkembangan berkaitan, timbalan menteri itu berkata lembaga sementara yang terdiri daripada pegawai-pegawai Kementerian Kewangan akan dilantik apabila ahli lembaga pengarah 1MDB sekarang meletak jawatan, berkuat kuasa 31 Mei.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS