Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Najib gagal dapat penghakiman terus, saman fitnah akan dibicara

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak hari ini gagal mendapat penghakiman terus berhubung saman fitnahnya terhadap akhbar rasmi PAS Harakahdaily berhubung laporannya yang mengaitkan anak tiri, Riza Aziz dan 1MDB.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Hue Siew Kheng yang menolak permohonan penghakiman terus Najib di dalam kamar mengarahkan perbicaraan diteruskan.

Katanya, alasan pihak pembelaan bahawa qualified privilege atau hak istimewa dan komen adil adalah sesuatu yang perlu dibicarakan dan oleh itu tidak boleh diputuskan melalui penghakiman secara terus.

Peguam Najib, Datuk Mohd Hafarizam Harun (gambar), memetik Hakim Hue, berkata, permohonan itu ditolak kerana soalan berkenaan adalah fakta dan undang-undang dan bahawa hanya melalui perbicaraan penuh bahawa perkara berkenaan boleh diselesaikan.

Memetik Hakim Hue lanjut, Hafarizam berkata laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang difailkan oleh Najib tidak semestinya membenarkannya terus kepada perbicaraan dan sebaliknya mesti dibuktikan.

Najib telah memfailkan laporan PAC bertarikh 7 April yang mengesahkan bahawa beliau tidak terlibat dengan apa yang berlaku kepada 1MDB.

Sementara itu, Hakim Hue juga menetapkan 23 Jun untuk perbicaraan dan 9 Jun sebagai pengurusan kes yang terakhir.

"Oleh itu, beliau telah menolak permohonan itu, dengan kos sebanyak RM3,000,” kata Hafarizam kepada pemberita di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

"Susulan ini, saya perlu berjumpa anak guam saya bagi mendapatkan arahan sama ada untuk merayu atau tidak," katanya.

Lihat Komen
ADS