Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Brexit: Rakyat Britain pilih keluar dari EU
Diterbitkan:  Jun 24, 2016 1:23 PM
Dikemaskini: 5:40 AM

Rakyat Britain hari ini memutuskan untuk keluar daripada Kesatuan Eropah (EU).

Menurut AFP yang memetik media negara itu hari ini, pungutan suara sama ada Britain sewajarnya meninggalkan EU adalah amat sengit tetapi 52 peratus undian memihak kepada kem ‘keluar’ berbanding 48 peratus undian yang diterima kem ‘kekal’.

Ini adalah berdasarkan kiraan di 302 daripada 382 kawasan di seluruh Britain.

Keputusan itu pada masa sama menyaksikan mata wang Britain, pound mencapai paras terendah sejak lebih 31 tahun lalu berbanding dolar Amerika Syarikat.

Sementara itu, Reuters melaporkan pasaran kewangan dunia menjunam berikutan keputusan awal pungutan suara yang rakyat Beritain mahu negara mereka meninggalkan EU.

Sterling mengalami kejatuhan sehari yang terbesar dengan kehilangan lebih 10 peratus nilainya berbanding dolar.

Ia mencecah tahap paling rendah sepanjang 31 tahun kerana pasaran bimbang keputusan berkenaan akan menjejaskan pelaburan dalam ekonomi kelima terbesar di dunia itu.

Undi hari ini akan menyaksikan permulaan sekurang-kurangnya dua tahun prosiding perceraian Britain dengan EU.

Ia menimbulkan persoalan berhubung peranan London sebagai pusat kewangan global dan meletakkan tekanan yang hebat ke atas Perdana Menteri, David Cameron untuk meletak jawatan, walaupun beliau berjanji semasa kempen untuk kekal tanpa mengira keputusan pungutan suara.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS