Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Malaysia Airlines (MAS) akan menamakan ketua pegawai operasi dan bekas eksekutif Ryanair, Peter Bellew, sebagai ketua eksekutif baru syarikat penerbangan negara itu, lapor The Star.

Ketua pegawai eksekutif (CEO) sekarang Christoph Mueller akan meninggalkan syarikat itu September ini selepas bertugas hanya setahun bagi memulihkannya selepas insiden kehilangan MH370 dan MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine pada 2014.

MAS enggan mengulas laporan akhbar itu.

Syarikat pelaburan negara Khazanah, merujuk kembali soalan diajukan kepada syarikat itu.

Penganalisis berpendapat, pelantikan Bellew – yang menyertai MAS beberapa bulan selepas Mueller pada 2015 – mungkin tidak dapat mempengaruhi rancangan pemilihan syarikat itu.

“Kepada syarikat dan pemilik saham, ia boleh menjadi lanjutan kepada rancangan pemilihan kerana Bellew adalah individu yang banyak terlibat dalam operasi sehari-hari,” kata Shukor Yusof, pengasas syarikat perunding Endau Analytics.

Bagaimanapun, pelantikan seorang lagi warga asing mengepalai sebuah syarikat milik negara boleh mencetuskan kontroversi apabila terdapat rakyat Malaysia yang tersinggung dengan kenyataan Mueller pada sebuah radio Jerman yang menyebut terdapat pekerja tidur semasa kerja.

“Individu yang ada kelayakan perlu diberi tugas itu.

“Bagaimanapun, Tidak kurang rakyat Malaysia yang ada kelayakan itu,” akta Shukor.

Mueller, dianggap pakar pemulihan syarikat, memecat 6,000 kakitangan MAS dalam strategi membawa MAS ke haluan asal.

Beliau mengumumkan hasrat meninggalkan syarikat itu pada April atas alasan peribadi.

- Reuters

Lihat Komen
ADS