Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
PKR tunduk kepada isu rasuah Guan Eng, kata PAP

Parti Alternatif Rakyat (PAP) yang berpangkalan di Pulau Pinang mahu Timbalan Ketua Menteri I Datuk Rashid Hasnon mengambil alih jawatan ketua menteri menggantikan Lim Guan Eng, daripada menyokongnya supaya kekal .

"Rashid, pemimpin PKR, harus ambil alih untuk menyelamatkan maruah rakyat Pulau Pinang yang terkesan dengan Lim yang berdepan dengan dua pertuduhan rasuah,” kata Setiausaha Organisasi Nasional PAP Rahmad Isahak.

"Ini nampaknya satu lagi episod PKR kow-tow kepada DAP walaupun sedar bahawa pada masa kritikal ini, perlu ada pemindahan kuasa sementara demi rakyat Pulau Pinang," katanya.

Rahmad merujuk kepada Rashid, yang pada ucapannya di Dewan Sri Pinang pada Sabtu lalu bahawa Lim mesti terus sebagai ketua menteri, dan kekal menerajui Pakatan Harapan Pulau Pinang pada pilihan raya umum akan datang.

Ini di sebalik Limyang ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Rabu lalu dan dikenakan dua tuduhan rasuah di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada hari berikutnya.

Kedua-dua pertuduhan berkaitan dengan pembelian sebuah banglo RM2.8 juta yang didakwa di bawah harga pasaran di Jalan Pinhorn, Pulau Pinang.

Setiausaha Agung DAP itu mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan dan dibebaskan dengan ikat jamin RM1 juta dengan seorang penjamin sementara menunggu perbicaraan.

Bagiamanpun Rahmad mempersoalkan "kebebasan dan kebersihan" pentadbiran negeri jika Lim yang dilanda masalah terus memegang tampuk kuasa.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS