Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Nazri bantah campur tangan k'jaan dalam Majlis Peguam
Diterbitkan:  Sep 3, 2016 2:13 PM
Dikemaskini: 6:19 AM

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz berkata tidak ada keperluan bagi kerajaan campur tangan dalam Majlis Peguam walaupun pendiriannya sering kritikal terhadap dasar-dasar kerajaan.

"Dunia ini menjadi lebih liberal, ini bukan masanya untuk (kerajaan) mengetatkan kawalan ke atas kumpulan-kumpulan ini.

"Apa kerosakan yang Majlis Peguam lakukan, mengkritik kerajaan? Kami masih di sini, kerajaan yang kuat," katanya dipetik Malay Mail Online.

Bekas menteri undang-undang itu memberitahu akhbar harian itu bahawa beliau menentang pindaan Akta Profesion Undang-undang (LPA) 1976, yang boleh dilihat sebagai campur tangan kerajaan dan menyekat kebebasan Majlis Peguam.

Beliau berhujah Majlis Peguam harus dibenarkan untuk menjalankan urusan sendiri, sambil menambah bahawa ia adalah "baik-baik saja" jika mereka dilihat sebagai mengkritik kerajaan, selagi mereka berbuat demikian dalam batasan undang-undang.

"Bagaimana mereka (Majlis Peguam) mahu menjalankan urusan mereka, kita perlu serahkan kepada mereka.

"Biarkan saja... kita tidak boleh melaksanakan apa yang kita mahu," katanya sambil menambah beliau menentang rancangan kerajaan untuk meletakkan wakil dalam Majlis Peguam.

"Saya tidak bersetuju dengan kerajaan melantik dua wakil kepada Majlis Peguam, untuk apa? Anda fikir dua orang boleh mengawal majoriti?," beliau dilaporkan berkata.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS