Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
2 veteran Umno Johor keluar parti
Diterbitkan:  Sep 10, 2016 2:51 PM
Dikemaskini: 9:04 AM

Dua veteran Umno Johor yakni Pengerusi Tetap Umno Gelang Patah, Datuk Baharom Abdul Ghani dan Timbalan Ketua Umno bahagian Kulai, Datuk Tosrin Jarvanti keluar dari parti Melayu itu, hari ini.

Kedua-dua mereka telah mengumumkan peletakan jawatannya daripada parti semasa semasa mesyuarat perwakilan bahagian masing-masing awal hari ini.

"Ku istihar keluar dari menjadi ahli Umno semasa berucap sebagai Pengerusi Tetap di Mesyuarat Perwakilan Umno Gelang Patah pada 10 September 2016," jelas Baharom Abdul Ghani yang disiarkan di laman Facebook milik beliau.

Baharom adalah pengasas Umno bahagian Gelang Patah yang ditubuhkan pada tahun 1994 dan merupakan ahli dewan undangan negeri (ADUN) antara tempoh 1995 hingga 2004.

" Umno sekarang bukan lagi parti orang Melayu tapi sudah jadi parti milik Datuk Seri Najib Razak yang tidak boleh diselamatkan lagi, " kata beliau dalam catatannya.

Dalam petikan video memaparkan ucapan beliau, Baharom memberitahu perwakilan kepimpinan Umno enggan menerima realiti dan Najib disifatkan punca kepada semua masalah parti.

Sementara itu, Tosrin mengumumkan keluar parti dengan mengembalikan bendera Umno kepada ketua Umno bahagian Kulai.

"Inilah bendera yang saya pertahankan selama 49 tahun tetapi hari ini saya dengan rela hati kembalikan bendera ini kepada ketua bahagian saya dengan mesej kepada semua ketua Umno bahagian untuk menjaga Umno baik-baik untuk orang Melayu," kata Tosrin.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan mengesahkan Najib sebagai MO1 baru-baru ini berkata, tindakan Baharom itu tidak memberi impak kepada Umno.

"Tidak ada kesan besar kepada perwakilan yang hadir kerana tidak ada yang ikut tindakan Pengerusi Tetap untuk keluar UMNO," kata Abdul Rahman.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS