Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Lagi menteri Umno jarakkan diri dari ‘baju merah’

Seorang lagi menteri kabinet bertindak menjarakkan diri daripada kumpulan ‘baju merah’ yang melakukan kekerasan fizikal kepada peserta BERSIH minggu lalu.

Bagaimanapun, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar berkata kumpulan baju merah itu adalah sebuah NGO dan tidak melibatkan Umno.

“Kalau ini anjuran Umno Selangor saya boleh jawab tapi dia NGO, jadi tak ada kena mengena, dia NGO dia bukan Umno. (Mengenai) baju merah, tanyalah orang baju merah,” katanya.

Noh selaku pengerusi badan perhubungan Umno Selangor disoal, mengenai tindakan ketua Umno bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunus yang mendakwa pihak polis memberi 'layanan istimewa dan luar biasa' terhadap peserta BERSIH 5 yang kini mengadakan konvoi di seluruh negara.

“Ini urusan polis, tugas polis untuk tegakkan keadilan, dia jalankan tugas. Bagi saya kita kena hormati undang-undang peraturan dan menghormati polis,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan Program Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang 2.

Semalam, Menteri Beliau dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar meminta pihak polis mengambil tindakan sewajarnya ke atas kumpulan baju merah yang melakukan kekerasan fizikal terhadap peserta.

Khairy yang juga adalah ketua pemuda Umno berkata beliau tidak dapat menerima apa yang dilakukan itu dan berharap mereka yang di belakang gerakan berkenaan dapat menasihatkan pengikutnya supaya tidak lagi melakukan kekasaran dan keganasan.

Mengulas lanjut, Noh berkata perhimpunan BERSIH 5 yang bakal diadakan di Kuala Lumpur pada November ini wajar dihentikan dan menggesa semua pihak supaya menghormati undang-undang.

“Saya lihat BERSIH ni cukup-cukuplah kerana kita ada undang-undang. Kita ada perlembagaan, kalau dia tak puas hati pasal pilihan raya, tunggu pilihan raya lah, ini asyik nak buat BERSIH 1, 2 untuk apa.

“Hormatilah undang. Saya kata semua rakyat kena hormati undang-undang. Tak kiralah baju kuning, baju merah, undang-undang mesti melebih dari orang biasa, nobody above the law,” katanya.

Sementara itu Noh mahu kerajaan negeri Selangor menyerahkan kembali pengurusan Program Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang 1 kepada kementeriannya kerana ia adalah milik kerajaan persekutuan.

“Kerajaan negeri tolong kembalikan pengurusan rumah lembah 1 kepada pihak kementerian. Saya telah dimaklumkan rumah tersebut adalah rumah milik kerajaan persekutuan. Tanah milik persekutuan. Ikut undang-undang itu adalah tanah kami.

“Kita hanya serah pengurusan sahaja kepada kerajaan negeri. Saya dimaklumkan tidak ada apa-apa perjanjian. Kita akan minta dengan cara baik dari kerajaan negeri serahkan dengan cara baik,” katanya yang menambah perbincangan mengenai perkara itu akan diadakan esok.

Noh turut membidas kerajaan negeri Selangor yang dilihatnya seperti ‘bangau oh bangau’ yang seringkali mencari salah pihak lain bagi menutup kesilapan sendiri dalam beberapa isu membabitkan negeri itu.

“Kerajaan negeri Selangor adalah kerajaan bangau oh bangau, ada sahaja masalah kerajaan negeri, dia akan cari salah orang lain bagaimana lagu bagau oh bangau. Itulah kerajaan negeri.

“Budaya kerajaan negeri tak berubah seperti budaya ayam, telur sebiji riuh satu negara akhirnya rakyat negeri Selangor yang menderita di bawah,” katanya.

 

Lihat Komen
ADS