Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Rang undang-undang (RUU) ahli persendirian oleh anggota Parlimen Parti Amanah Negara (AMANAH) yang bertujuan memperkasakan mahkamah syariah adalah berbeza daripada RUU yang mahu dibentangkan oleh Anggota Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

RUU oleh Abdul Hadi yang juga presiden PAS hanya memberi tumpuan kepada hukuman, menurut Anggota Parlimen Kota Raja dari AMANAH, Siti Mariah Mahmud.

"Kami telah bertemu dengan ramai peguam dan hakim, jadi kami percaya memperkasakan mahkamah syariah adalah penting tetapi bukan sekadar meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Akta 355). Ia lebih daripada itu," ujar Siti Mariah.

Bagaimanapun, kata beliau, pihaknya hanya akan mendedahkan kandungan RUU itu selepas dibentangkan di Dewan Rakyat. RUU berkenaan telah dikemukakan kepada sekretariat Parlimen.

Ahli Parlimen Shah Alam dari AMANAH, Khalid Samad berkata, RUU mereka bertindak sebagai 'alternatif' kepada RUU Abdul Hadi.

Bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen, Khalid berkata, AMANAH mahu mengkaji semula peruntukan pentadbiran sedia ada, prosedur yang diamalkan walaupun undang-undang yang mengawal selia mahkamah sivil.

"Perbezaan paling besar adalah, kita bukan mengenai Akta 355. Ia mengenai pemerkasaan mahkamah Syariah.

"Kenapa beliau (Abdul Hadi) tidak mengambil kira keperluan untuk mendraf semula keseluruhan Seksyen 2 (Akta 355)? Kita tidak tahu.

"Beliau tidak menjelaskan. Apa yang dikatanya adalah anda perlu menyokongnya, jika tidak, anda keluar dari Islam," tambah Khalid.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS