Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Polis: 'Perang besar' Jamal itu cuma perang mulut

Polis menganggap pengisytiharan perang besar Datuk Seri Jamal Yunos terhadap BERSIH cuma sekadar perang mulut.

“Terpulang pada kamu jika kamu fikir ia boleh menyebabkan sesuatu, buatlah laporan (polis). Kita akan tengoklah.

“Tetapi sekadar kadar mengatakan dia melancarkan perang, itu pada saya, cuma perang mulut.

“Ia tentang bagaimana kamu terimalah,” kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam sidang media di ibu negara hari ini.

Sejurus selepas dibebaskan dari tahanan reman semalam, pemimpin Baju Merah Datuk Seri Jamal Md Yunos mengumumkan perang habis-habisan terhadap BERSIH 5.0 dan mahu menggempurnya di seluruh negara.

Di hari penahannya kelmarin, penasihat undang-undang kumpulan Baju Merah Mohd Imran Tamrin berkata Jamal disiasat mengikut Seksyen 500 dan 503 Kanun Keseksaan kerana fitnah dan ugutan jenayah, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia dan Seksyen 4 (1) Akta Hasutan.

Imran tidak menolak bahawa Jamal akan turut disoal berhubung kejadian lain, termasuk kekecohan di Sabak Bernam dua minggu lalu yang menyaksikan anggota kumpulan konvoi BERSIH5 dikasari.

Khalid turut mengumumkan polis akan menyiasat ketua Umno Sungai Besar itu berhubung tulisan di Facebook berkaitan amaran rusuhan 13 Mei jika BERSIH 5 diteruskan.

Sementara itu, ditanya kenapa Jamal dilepaskan lebih awal sebelum tempoh reman dua hari tamat, Khalid berkata, tiada lagi keperluan siasatan untuk terus menahannya.

“Jika kita selesai siasatan, kita atak ada alasan untuk menyambung reman, untuk memohon sambungan reman.

“Pasukan (siasatan) itu berjaya menyelesaikan siasatan semalam. Jika tidak ada keperluan, kita pun tidak ada alasan untuk memohon lanjutan (reman) daripada mahkamah,” katanya.

Lihat Komen
ADS