Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Cukup sebab untuk siasat tiga bekas menteri, kata IGP

Bercanggah dengan apa yang diperkatakan oleh sesetengah ahli parlimen, pihak polis mempunyai sebab-sebab mencukupi untuk menyiasat tiga bekas menteri di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan Akta Hasutan, menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

"Apa yang diperkatakan oleh beberapa ahli Parlimen, termasuk (ahli Parlimen Puchong) Gobind Singh bahawa kita tidak mempunyai asas untuk siasat adalah tidak betul kerana terdapat unsur-unsur hasutan yang dilakukan oleh ketiga-tiga bekas menteri," kata Khalid.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan pelancaran Peringatan Maklum Balas Segera Kebangsaan (NUR) Facebook di ibu pejabat polis Bukit Aman, hari ini.

Khalid merujuk kepada bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas menteri kemajuan luar bandar dan wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan bekas menteri kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Walaupun beberapa ahli Parlimen telah menyebut imuniti parlimen sebagai sebab siasatan ke dalam tiga bekas menteri itu tidak mengikut Perlembagaan, kekebalan tersebut tidak meliputi Akta Hasutan, Khalid memperingatkan.

"Ada sebab-musabab yang cukup bagi kita siasat apa yang mereka telah katakan walaupun dalam Parlimen kerana Akta Hasutan tidak memberikan mereka imuniti untuk membuat apa sahaja kenyataan walaupun di Parlimen," ujarnya.

Khalid menjelaskan kes itu diklasifikasikan di bawah Akta Hasutan kerana 1MDB masih berada dalam siasatan dan para bekas menteri berkenaan 'mendedahkan' beberapa perkara tentang 1MDB mengenai apa yang didakwa sebagai salah laku terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Ia jelas sebagai tindakan cuba menghasut orang ramai untuk membuat tanggapan perdana menteri melakukan jenayah walaupun siasatan (1MDB) belum selesai lagi," tambah Khalid.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS