Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Perbendaharaan: Ekonomi merosot disebabkan tanggapan

Ekonomi negara kukuh bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah.

Bagaimanapun, katanya, kemerosotan ekonomi dan nilai ringgit berlaku disebabkan oleh tanggapan yang dicipta sesetengah pihak yang mesti diperbetulkan.

Katanya, isu seperti 1MDB dan pentadbiran Najib, yang menyebabkan kemerosotan mata wang negara semata-mata tanggapan.

“Saya pergi restoran dan pasar raya, siapa mereka?

“Orang ramai membeli-belah dan melancong,” katanya dalam sidang media di Putrajaya.

“Ada sesetengah kumpulan buat bising macam satu negara ada masalah.”

Semalam, ringgit menjunam ke paras terendah baru iaitu RM4.5002 berbanding dolar Amerika Syarikat sejak krisis kewangan Asia 1998.

Prestasi tidak memberangsangkan berbanding mata wang lain di rantau Asia sepanjang tahun lalu itu dijangka berterusan, menurut kumpulan penganalisis antarabangsa.

Lihat Komen
ADS