Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Kelab Diraja Selangor tak benar pengumuman Zaid'
Diterbitkan:  Feb 6, 2017 11:43 AM
Dikemaskini: 4:01 AM

Bekas menteri Umno Datuk Zaid Ibrahim mendakwa Kelab Diraja Selangor di ibu negara tidak membenarkannya tempat itu digunakan bagi sidang medianya.

Majlis itu dikatakan bagi mengumumkan penyertaannya ke dalam DAP.

Zaid mendakwa pembatalan yang dimaklumkan pada jam 6 petang semalam itu dibuat susulan “desakan politik”, walaupun tempahan sudah dibuat minggu lalu.

“Kami sudah tempah dan membayar kepada Kelab Diraja Selangor.

“Tiba-tiba semalam kami terima panggilan beritahu mereka tidak benarkan kerana ada arahan daripada pihak lain,” katanya.

Zahid bagaimanapun masih memilih berahsia berkaitan acara itu.

Beliau hanya mengesahkan ia akan digunakan dalam sidang media bersama Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan ketua anggota parlimen DAP Lim Kit Siang.

Pengurus Besar Kelab Diraja Selangor Ramesh Menon ketika dihubungi berkata beliau tidak dapat mengulas isu itu.

Malaysiakini juga sudah menghubungi presiden kelab itu Poovi Maniam dan sedang menunggu maklum balasnya.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS