Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Lim label wakil rakyat keluar DAP 'Geng Empat'
Diterbitkan:  Feb 14, 2017 3:50 PM
Dikemaskini: 8:07 AM

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng melabelkan empat wakil rakyatnya yang keluar parti Ahad lalu sebagai "Geng Empat".

"Geng Empat" dikenali dalam sejarah politik China sebagai kumpulan dipimpin oleh isteri Mao Ze Dong, Jiang Qing dan tiga yang lain, yang didakwa dengan siri jenayah khianat semasa Revolusi Kebudayaan (1966-1976).

Lim, yang juga ketua menteri Pulau Pinang, memberi amaran kepada pemimpin dan anggota parti itu untuk tidak memandang remeh kepada ancaman yang ditimbulkan oleh 'Geng Empat'.

Lim juga menolak dakwaan mereka masih setia kepada parti, sambil menyifatkan ia "keterlaluan dan tidak masuk akal".

Beliau menambah bahawa empat wakil rakyat itu tidak dapat menyatakan sebab yang kukuh untuk meninggalkan DAP.

"Ini adalah satu tindakan balas dendam peribadi kerana kekalahan mereka dalam pemilihan parti di Melaka pada 2015," kata Lim dalam satu kenyataan.

Empat wakil rakyat itu digantung selama satu tahun kerana serangan mereka kepada parti itu.

Mereka ialah Anggota Parlimen Kota Melaka Sim Tong Him dan tiga ADUN, Goh Leong San (Duyong), Lim Jak Wong (Bachang) dan Chin Choong Seong (Kesidang).

Pemangku Pengerusi DAP, Tan Kok Wai  mengalu-alukan keputusan mereka keluar DAP, dan menyifatkan mereka sebagai barah dalam parti itu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS