Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Polis, saksi diarah tutup mulut dalam kes Jong-nam
Diterbitkan:  Mar 1, 2017 11:28 AM
Dikemaskini: 6:54 AM

Pihak polis dan saksi-saksi berpotensi dilarang membuat sebarang kenyataan awam berkaitan kes pembunuhan Kim Jong-nam, abang pemimpin Korea Utara Jong-un.

Hakim Harith Sham Mohamed Yasin memutuskan perkara itu setelah Gooi Soon Seng, peguam suspek Siti Aisyah, membuat permohonan itu di Mahkamah Majistret Sepang hari ini.

Harith bertindak sebagai majistret dalam kes itu.

Gooi menjelaskan, permohonan itu bertujuan memastikan perbicaraan berjalan secara adil dan tidak menjejaskan peluang anak guamnya.

"Pihak pembela mahu pihak polis dan mana-mana saksi berpotensi tidak membuat sebarang kenyataan umum yang boleh menjejaskan anak guam saya.

"Ia untuk memastikan perbicaraan yang adil," kata Gooi kepada mahkamah.

Tambahnya, telah banyak diperkatakan mengenai kes tersebut yang merupakan sub judice.

Sehingga hari ini, polis menjadi sumber utama maklumat mengenai Kim yang telah dibunuh pada 13 Februari yang lalu.

Siti Aisyah, 25, dan warga Vietnam, Doan Thi Huong, 28, dikatakan telah menyapu bahan toksik ke muka mangsa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA 2).

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS