Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Jangan bandingkan saya dengan Rosmah, kata Guan Eng
Diterbitkan:  Mar 16, 2017 2:03 PM
Dikemaskini: 6:05 AM

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata, beliau tidak seharusnya dibandingkan dengan isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak - Datin Seri Rosmah Mansor, yang tidak dilantik memegang jawatannya itu.

"Terdapat perbezaan antara saya dan Rosmah. Saya memegang jawatan sebagai ketua menteri, saya menjadi ketua menteri selepas dipilih oleh rakyat.

"Rosmah tidak dipilih oleh rakyat, kedudukannya diperolehi dengan berkahwin dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak," katanya pada sidang akhbar di Komtar hari ini.

Beliau mengulas kenyatan pembantu Rosmah, Datuk Rizal Mansor yang turut mengheret Lim ketika menjawab ADUN DAP Yeo Bee Yin yang mahu isteri perdana menteri untuk melepaskan jawatan sebagai penaung PERMATA.

Sambil menghuraikan ijazah yang dimiliki Rosmah yang melayakkannya menerajui PERMATA, Rizal mempersoalkan pelantikan Lim sebagai pengerusi eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang sedangkan beliau bukan seorang pakar air.

Mengulas lanjut, Lim hari ini mengheret pula Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Hanipah yang mempunyai beberapa jawatan di negeri itu kerana kedudukannya.

"Ia tidak kira apa latar belakang pendidikannya, beliau memegang jawatan dalam kerajaan negeri kerana jawatannya sebagai menteri besar.

"Jadi jangan heret saya dalam isu ini kerana situasi kami (Rosmah dan Lim) adalah berbeza. Jawatan kami (Ahmad Bashah dan Lim) adalah selaras dengan kedudukan kami sebagai ketua menteri dan menteri besar," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS